Serabut anak kerap menangis malam? Ini doa mujarab patut ibu bapa amalkan!


Sudahlah seharian penat bekerja, tiba waktu malam si kecil pula asyik meragam tidak mahu tidur, asyik meragam dan menangis tidak henti.

Bila periksa, si kecil tidak pula kembung perut, begitu juga dengan suhu badan berada pada paras normal.

Foto: Asia One

Dalam keadaan ini, apa yang perlu ibu bapa lakukan jika mengalami situasi sebegini?

Hijab & Heels ingin kongsikan informasi ini, mudah-mudahan bermanfaat!

Pertama sekali tentulah, ibu bapa perlu menenangkan anak dengan memeluk mereka. Kemudian bicara doa pelindung untuk anak diikuti ayat kursi, manalah tahu rupa-rupanya anak itu ternampak 'sesuatu'.

Foto: Kasih Juju

Maklumlah, dalam dunia ini, bukan hanya manusia saja yang wujud, tetapi juga makhluk lain yang turut berkongsi ruang, umpamanya benda-benda ghaib, jin dan makhluk halus yang tidak boleh dilihat oleh orang dewasa.

Lagipun amalan membaca doa untuk anak adalah perkara yang baik, bukan sahaja sebagai pelindung, tetapi Insya-Allah besar nanti mereka terang hati.

Jika ibu bapa kurang mahir membaca al-Quran, boleh dengarkan petikan ayat ini melalui saluran YouTube. Lebih afdal, sambil-sambil mendengar anda juga ikut baca sekali!

Sangat bagus mengamalkan ayat ini terutama untuk anak-anak kecil.