Suami rajin solat tapi kasar dengan isteri, jangan sangka diri baik!


Lelaki apabila berkahwin, dia sebetulnya menggalas beban berat yang tidak nampak  pada mata kasar seperti menyediakan makan minum dan tempat tinggal yang selesa untuk isteri.

Apabila memiliki cahaya mata, anak perempuan terutama, tugasnya menjadi semakin berat sebagai pelindung kepada anaknya dan kenyataan ini perlu diakui oleh setiap lelaki yang bercadang berkahwin dan memiliki keluarga sendiri.

Hakikatnya, tugas suami tidak semudah yang disangka, tapi tugas berkenaan juga akan menjadi mudah sekiranya dia tahu mengemudi kehidupan selepas bergelar suami dengan baik. Lelaki yang baik adalah lelaki yang paling baik terhadap isterinya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka” - (Hadith Riwayat At - Tirmidzi).

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya.” (HR. Bukhari Muslim)

Petikan hadith di atas menjelaskan, pandangan Islam sebaik-baik laki-laki adalah laki-laki yang paling lemah lembut dan paling baik sikapnya kepada isteri, keluarga, serta anak-anaknya.

Foto: Instagram Sazkia Adya Mecca
Foto: Instagram Sazkia Adya Mecca

Jika seorang suami bersikap pemarah, galak atau kasar, walaupun mempunyai pangkat dan jawatan yang tinggi, memiliki ilmu yang banyak dan berpengaruh, itu belum menjanjikan mereka sebagai laki-laki yang baik.

Tidak dinafikan, ada kalanya sikap si isteri menjengkelkan atau sulit mentaati suami, namun sebenarnya yang paling penting untuk difikirkan adalah keperibadian suami itu sendiri. Mengapa?

Kerana, seorang suami akan berasa sukar untuk membentuk isteri atau anak-anaknya ke arah yang lebih baik jika si suami sendiri tidak mengubah perilakunya menjadi baik.

Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini cukup menyentuh sanubari. Sikap dan tindakan suami amat memberi kesan emosi kepada anak. Kenangkanlah kebaikan isteri dan sama-samalah menampung kelemahan.

Ini coretan Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsian di laman sosial media, Instagram miliknya;

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I love u bidadariku. Terima kaseh Allah Ada sekali masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik. Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper.kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak Eh ebit lew kan...yer saya Puan..Allah sayang sabarlah Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh ebit lew kan.yer saya abang Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama.Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia..Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah. Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya.itulah akhlak Nabi saw . Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya . Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan.hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah. Jemput datang keluargasunnah tour oktober ini-ebitlew #www.keluargasunnah.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Kisah suami maki hamun isteri gara-gara tertinggal barang

Ada sekali masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan tiga anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik.

Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu.

Eh takper. Takper. kata wanita itu.

Ish tak per sikit jer kak

Eh Ebit Lew kan…

Yer saya Puan..Allah sayang sabarlah

Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh Ebit Lew kan?

Yer saya abang

Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp (handphone). Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah.

Pasangan bahagia saling mencintai

Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama. Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia. Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat.

Usah bergaduh depan anak

Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah.

Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya. Itulah akhlak Nabi SAW.

Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz.

"Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu."

Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya.

Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi.

Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. empat orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan. Hanya Allah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya.

Foto: women's web

Dengar luahan isteri, penatnya dia urus keluarga

Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah.

Rumusan daripada perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, wahai suami mohon bertimbang rasa kepada isteri anda. Walaupun isteri berbuat salah, leka dan terlalai, tegurlah mereka dengan hemah dan kasih sayang. Oleh kerana lelaki lebih rasional dalam banyak perkara, sebab itulah mereka dipilih memikul tugas pemimpin.