Sudahlah rasanya sedap, batuk reda, kencing manis dan darah tinggi pun lenyap!


Malaysia antara negara beriklim Tropika yang lazim mengalami cuaca panas dan kering serta hujan lebat pada penghujung tahun.

Pendedahan yang kerap terhadap cuaca panas juga dikatakan menjadi penyebab kepada peningkatan pelbagai penyakit yang membawa kepada pertambahan kedatangan pesakit di klinik,  bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian daripada sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.

Gejala seperti demam panas dan batuk, adalah kategori penyakit yang paling kerap dialami sesiapapun.

Selain cuaca, gaya hidup orang Malaysia yang cenderung memilih pemakanan tinggi kalori menjadikan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bertepatan dengan topik yang dibicarakan, Hijab & Heels ingin berkongsi petua untuk diamalkan anda bagi meredakan penyakit-penyakit yang disebutkan.

Resipi yang pertama adalah untuk melegakan batuk. Bahan-bahannya sangat mudah didapati.

1. Resipi air pudina madu dan gula batu

Foto: Healthifyingworld

- 10 helai daun pudina
- Seketul gula batu
- 1 gelas air
- 2 sudu madu

Cara penyediaannya:

1. Rebus air dan gula batu sehingga hancur dan masukkan daun pudina.

2. Sejukkan seketika, kemudian campurkan dengan madu.

Nota: Terpulang kepada anda sama ada ingin memasukkan madu ke dalam air rebusan atau dicampur secara berasingan.

3. Kemudian minum.

Satu lagi petua ini, dapat membantu menurunkan bacaan kencing manis dan darah tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga baik untuk meredakan demam atau panas badan.

Bahan utamanya air kelapa yang diketahui umum kaya dengan pelbagai khasiat antaranya rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.

2. Resipi air kelapa muda dan limau nipis

Foto: The Idea Room

Cara penyediaannya:

1. Campurkan air kelapa muda (daripada sebiji kelapa) dengan setengah biji limau nipis. Bagaimanapun, bagi penghiap gastrik, mereka perlu berhati-hati atau mungkin hanya memasukkan dua tiga titik sahaja jus limau nipis.

2. Minum satu atau dua kali sehari, anda akan dapati perubahan pada bacaan gula dalam darah dan darah tinggi juga dikatakan akan turun dan kembali normal.

3. Sertakan dengan doa agar diberi kesembuhan sebelum menikmati air yang cukup menyegarkan badan ini. InsyaAllah, ikhtiar sebegini pasti membawa manfaat dan kebaikan terhadap kesihatan badan.

Selamat mencuba!