{
}

Swarovski ungkap keindahan alam kosmik dalam butiran rekaan Musim Sejuk 2019


Keindahannya ibarat kerlipan bintang yang bertaburan di langit, daripada cincin koktel yang berkilau ke anting-anting yang menarik, kemilau barang kemas daripada Swarovski ini berupaya menyerlahkan penampilan walaupun berbusana ringkas.

Khusus untuk musim sejuk, Swarovski membawakan signatur kilauan mewah kristal diilhamkan daripada simbol kosmik (cakerawala), mengambil inspirasi dari langit malam ajaib Nordic diterjemahkan kepada perhiasan permata yang berkilauan bermula dengan gaya sederhana sehinggalah yang paling glamor.

Nathalie Colin selaku Pengarah Kreatif Swarovski berkata  Find Your Lucky Stars adalah satu koleksi yang mengembalikan kecintaan kita kepada alam.

"Saya dapati bahawa salah satu cara terbaik untuk melepaskan diri daripada kesibukan dunia adalah kembali kepada alam semula jadi dan menyaksikan keindahan bintang-bintang," katanya.

Foto: www.pamper.my

Melalui kempen terbaharu ini, Swarovski memberi kuasa kepada wanita untuk menggapai bintang-bintang. Koleksi utama daripada Koleksi Adorn yang menghiasi watak-watak ketika mereka menyelinap ke dalam sebuah observatorium pada waktu malam untuk mencari bintang bertuah.

Walau bagaimanapun, koleksi yang boleh didapati pada Oktober ini, merupakan kuasa bintang kristal Swarovski yang mencuri perhatian.

Simbolik Bintang Swarovski

Bulan mistik dan motif bintang menghiasi koleksi Swarovski Symbolic Star nan indah, kelihatan begitu mempesonakan apabila dicantum bersama.

Moonsun oleh Penélope Cruz

Diilhamkan oleh keajaiban langit malam,  koleksi Penelope Cruz menghadirkan butiran galaksi terdiri daripada cincin berbentuk bulan sabit, kalung, anting-anting dan kalung berlapis panjang.

Precisely

 

 

Reka bentuk bersinar bak gema air jatuh lalu membeku menjadi sesarang labah-labah dalam rona mawar emas yang abadi dan kristal Swarovski yang terang.

Vintage

 

Reka bentuk yang menarik menghembus gaya glamor dengan potongan kristal Swarovski yang cemerlang dan siluet drop-pendant.

Black Baroque

Reka bentuk yang mewah dan nada kristal Swarovski gelap mempunyai ciri-ciri motif abstrak dan simbol berbentuk jantung.

Polar Bestiary

Swarovski mengambil ilham daripada hidupan liar Nordic dengan garis bertemakan beruang kutub yang melambangkan keanggunan Artik dan penguasaan kristal.

Pleasant

Motif-inspirasi muzik memancarkan kilauan pada jatuhan anting-anting yang meminjamkan sentuhan glamor kepada gaya seharian.

Octea Lux Moonphase

Swarovski turut meraikan sambutan ulang tahun ke-50, dengan jam tangan terbaru yang mempunyai ciri-ciri Milky Way ditampilkan dengan nuansa kilauan, dikelilingi oleh bezel kristal Swarovski faceted yang eksklusif.