Siapa yang sudah menonton video ‘pisau last dekat mana ‘ lakonan pelakon meningkat naik, Ikhlas Jalil dan ibunya

Gelagat dua beranak itu bukan sahaja comel, malah ramai memuji lakonan ibunya bagaikan seorang profesional. Patutlah Ikhlas pun handal beraksi, warisi bakat ibu rupa-rupanya.

Ikhlas atau nama sebenarnya, Hizatul Ikhlas Abdul Jalil, 28, berkata video itu dibuat secara suka-suka, namun tanpa disangka berjaya menarik perhatian warga siber sehingga mencecah satu juta tontonan dalam laman sosial sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

Foto: Instagram Ikhlas Jalil

Beliau akui terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan warga siber terhadap video ‘pisau last dekat mana’, tambahan pula pelbagai video yang pernah dihasilkan sebelum ini kurang mendapat sambutan.

“Video ini merupakan satu kejayaan untuk saya. Sebelum ini pun saya banyak buat video, tetapi tidak pernah ada yang cecah satu juta tontonan,” katanya kepada satu portal hiburan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku pun musykil lah. Last kat mana tadi ?

A post shared by @ ikhlasjalil on

Tambah pelakon filem Ratu Kala Jengking itu, idea video berkenaan tercetus daripada kejadian sebenar yang berlaku antara dia dengan ibunya.

“Pagi sebelum video itu dirakam, mama memang betul-betul hilang pisau memasak di tempat yang sama seperti dalam video.

“Mama mungkin terlupa dia meletakkannya di tiang rumah selepas mengerat daun pandan. Tiba-tiba saya mendapat idea sesudah kejadian itu dan mengolah jalan cerita supaya tampak komedi,” katanya.