Tampil ‘hong’ dengan pilihan pakaian rona merah memukau ini


Warna merah cukup sinonim dengan budaya dan tradisi masyarakat Cina. Warna ‘hong’ ini bukan sahaja melambangkan tuah, malah turut mencerminkan kebahagiaan, kesejahteraan, kegembiraan, kejayaan dan kehidupan yang berjaya.

Setiap kali sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, sudah menjadi kemestian untuk masyarakat Cina memakai pakaian berwarna merah pada hari pertama Tahun Baharu Cina kerana menurut kepercayaan mereka, pemakaian warna ini akan memberi tuah dan sinar keceriaan sepanjang tahun.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada tahun tikus ini, Hijab & Heels tampilkan seleksi busana berona merah yang mungkin boleh memberi inspirasi untuk tampil bergaya pada keraian itu.

Gaya tradisi cheongsam moden kontemporari

Ada yang masih mengekalkan jati diri dengan mengenakan cheongsam tradisional, namun generasi muda hari ini lebih gemar menggayakan busana kontemporari yang menampilkan elemen cheongsam terutama kolar Mandarin. 

Hakikatnya, kolar Mandarin sinonim dengan cheongsam dan tidak sah jika meraikan Tahun Baharu Cina tanpa bergaya dengan busana yang menampilkan elemen berkenaan. Paling penting, pastikan busana yang digayakan itu berwarna merah!

fesyen cheongsam Kredit gambar: Pinterest
fesyen cheongsam Kredit gambar: Uoozee
fesyen cheongsam Kredit gambar: Lelong.my
fesyen cheongsam Kredit gambar: East Meet Dress
fesyen cheongsam Kredit gambar: elegente.com
fesyen cheongsam Kredit gambar: eBuy7
fesyen cheongsam Kredit gambar: 9Fuda.com

Gaya kasual dan glam

Bagi golongan muda yang inginkan kelainan, apa kata tampil bergaya dengan baju kasual untuk mengunjungi sanak saudara atau sahabat handai. 

Bagi menampakkan elemen Tahun Baharu Cina, pilih baju berwarna merah. Untuk kesan yang lebih dramtik tampil sedondon merah dari atas hingga ke bawah!

fesyen warna merah Kredit gambar: Brooklyn Blonde
fesyen warna merah Kredit gambar: Miss Pretty Pink
fesyen merah Kredit gambar: DH Gate
fesyen merah Kredit gambar: Miss Preety Pink
fesyen merah Kredit gambar: Pop Sugar
fesyen merah Kredit gambar: StarShinerS
fesyen merah Kredit gambar: Sydne Style

Gaya hijabista

Jika ingin mengunjungi rakan anda yang meraikan Tahun Baharu Cina, datang ke rumah mereka dengan mengenakan busana berwarna merah.

Padankan busana merah dengan tudung berwarna lain seperti hitam, krim dan putih. Pasti penampilan anda lebih menyerlah!

Kredit gambar: Hanan Tehaili
Kredit gambar: Hijabi.ng
Kredit gambar: I.Pinamg.com
Kredit gambar: Just Trendy Girls
Kredit gambar: Just Trendy Girls
Kredit gambar: Outfit Trends
Kredit gambar: Pinterest
Kredit gambar: Pinterest