Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia bukan sahaja krisis yang menjejaskan kesihatan masyarakat, malah turut memberi impak kepada sektor ekonomi.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, banyak sektor yang terjejas sehingga ada syarikat yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerja.

Kredit gambar: Arkib Hijab & Heels

Perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat yang hilang punca pendapatan dan mungkin akan menjejaskan tahap kesihatan seseorang termasuk mengalami tekanan atau stres.

Kebanyakan individu sering memandang ringan atau mungkin tidak perasan yang mereka mengalami stres. Stres jika tidak ditangani dengan betul, boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita.

Berikut adalah tanda fizikal stres yang dikongsi dalam laman Facebook Public Health Malaysia:

1. Muka berjerawat
2. Sakit kepala
3. Rasa ketulan di tekak
4. Dada terasa berat
5. Otot rasa tegang
6. Ruam badan
7. Sakit perut
8. Sakit pinggang
9. Sakit tengkuk dan bahu
10. Tidak rasa lapar

Kredit gambar: Facebook Public Health Malaysia

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas anda mungkin mempunyai simptom stres, justeru segera lakukan pemeriksaan doktor sebelum masalah stres menjadi lebih teruk.