Selepas Yuna, Scha Al-Yahya dan Syatilla Melvin, jenama tas tangan dan kasut tempatan terkenal, Christy Ng, menampilkan pula Bintang Paling Popular BH, Mira Filzah, sebagai ‘muse’ untuk koleksi terbaharunya.

Menamakan koleksi berkenaan sebagai Mira Filzah X Christy Ng, rekaan yang dihasilkan itu diilhamkan daripada personaliti pelakon kesayangan ramai berkenaan yang cukup sinonim dengan gaya minimalis, namun elegan.

Sudahpun berada di pasaran, koleksi Mira Filzah X Christy Ng ini, sangat sesuai digayakan pada Aidilfitri nanti, kerana menampilkan rekaan yang selesa, tidak terlalu tinggi gayanya dan himpunan warna lembut menarik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@christyngshoes #MiraFilzahXChristyNg

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Beg Tangan Sofea

Diinspirasikan daripada satu karakter lakonan Mira Filzah iaitu Adella Sofea, beg tangan Sofea ini direka penuh sofistikated akan tetapi bersulamkan kelembutan. Diperbuat daripada kulit ‘supple vegan, ia boleh digunakan untuk aktiviti seharian dan akan menyerlahkan gaya elegan si pemakainya.

Foto: Instagram Mira Filzah

Beg tangan ini juga hadir dengan pemegang kad dan tag nama monogram yang amat unik. Harga bagi memiliki pemegang kad cuma RM79 saja dan boleh diasingkan daripada beg tangan Sofea termasuk diguna secara berasingan.

Koleksi beg tangan Sofea ini hadir dalam dua saiz dan lapan warna iaitu merah gelap (burgundy), coklat tanah liat (claybrown), coklat padang pasir (desert brown), hijau zamrud (emerald green), mocha, mauve, kuning pasir (sandy beige) dan biru laut (navy blue). Paling penting, semuanya menawan!

Foto: Instagram Mira Filzah

Kasut Naira

Dinamakan bersempena watak dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan yang mempopularkan Mira, kasut Naira itu diperbuat daripada soft vegan leather dan dijahit dengan microfiber untuk keselesaan maksimum.

Kasut itu mempunyai tumit setinggi 0.25 inci yang akan menyerlahkan lagi kejelitaan anda tanpa menjejaskan keselesaan kaki atau ketika  berjalan.

Foto: Instagram Mira Filzah

Koleksi kasut ini hadir dalam tujuh saiz (EU36-EU41) dan sembilan warna sama seperti tas tangan dengan satu warna tambahan, ungu tua (puce).

Foto: Instagram Mira Filzah

Nak tampak cantik, tapi masih selesa berkunjung ke rumah sanak saudara Aidilfitri nanti, jangan lupa dapatkan koleksi Mira Filzah X Christy Ng yang bermula pada harga RM169 untuk kasut, manakala RM199 untuk tas tangan. Boleh ukir nama anda juga pada tas tangan!