Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kini dikuarantin apabila tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19 semalam, memohon rakyat untuk mendoakan kesihatan baginda dan keluarga.

Dalam hantaran menerusi akaun Instagram baginda sebentar tadi, Tunku Azizah menzahirkan kebimbangan akan kesihatan petugas Istana Negara apabila saringan yang dilakukan mendapati dua lagi petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19.

Baginda turut memaklumkan mempunyai hubungan rapat dengan semua petugas yang disahkan positif COVID-19 kerana sejak minggu lalu bersama-sama menyiapkan makanan untuk kakitangan kesihatan di beberapa hospital.

“Setakat ini sudah sembilan orang (petugas Istana Negara) disahkan positif. Hanya tinggal saya sekeluarga (di Istana Negara) bersama tiga pembantu. Tiada siapa dibenarkan keluar bilik, no visitors (tiada pelawat dibenarkan).

“Ya Allah, selamatkan Malaysia. Saya mempunyai kontak rapat dengan kesemua sembilan petugas. Tolong doakan kami, kepada Allah (kami) berserah,” titah baginda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ampun Tuanku, the team from Jabatan Bomba and Jabatan Kesihatan are already here. We will transport all of our staffs to the hotel that they’re supposed to be quarantined as soon as possible. The procedures that they will go through are as follows- 1. All of them will have to change their clothes to the clothes given by Jabatan Kesihatan. 2. Each one will have to go through disinfection process before they board the bus. Their belongings will also go through disinfection process. 3. We will seperate our staffs to 3 groups. This group will determine which bus they have to go in. First group is those who have been tested negative. Second group is those who haven’t received the swab test results and third group will be those who already have symptoms such as cough, flu or fever.Ampun Tuanku …… setakat ini sudah 9 org positive , di istana hanya tinggal sy sekeluarga bersama 3 pembantu ….. tiada siapa di benarkan keluar bilik , no visitors …. ya allah selamat kan Malaysia ….. i was in close contact with all 9 of them , pls pray for us ! kepada allah berserah

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

BH melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19, namun disahkan negatif.

Kesemua petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 itu kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sejak Selasa lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

saya memohon kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama , doakan lah sy sekeluarga selamat ….. kami self quarantine dalam bilek masing2 dan tdk bertemu sama sendiri

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Sementara itu dalam hantaran terdahulu, Tunku Azizah memaklumkan ketika ini baginda dan keluarga mematuhi prosedur kuarantin dengan berada dalam bilik masing-masing.

“Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, doakanlah saya sekeluarga selamat.

“Kami self quarantine (kuarantin sendiri) dalam bilik masing-masing dan tidak bertemu sesama sendiri,” titah baginda.

Kakitangan Jabatan Bomba sedang memberi takilmat kepada kakitangan KKM di Istana Negara (Gambar sumber akaun Instagram Raja Permaisuri Agong)

Dalam hantaran itu, baginda berkongsi beberapa gambar keadaan di Istana Negara yang menunjukkan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Bomba berada di Istana Negara bagi memulakan prosedur pemindahan petugas Istana Negara ke hotel bagi proses kuarantin.

Perkongsian baginda itu turut memaparkan gambar yang menunjukkan petugas Istana Negara dipisahkan bagi prosedur penjarakan sosial (social distancing).

Baginda bertitah, petugas Istana Negara akan melalui prosedur ketat bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan petugas.

Berikut perkongsian Tunku Azizah mengenai prosedur pemindahan petugas Istana Negara:

1.    Semua petugas diminta untuk menukar baju dengan memakai baju yang diberikan Jabatan Kesihatan.

2.    Setiap petugas akan melalui proses penyahjangkitan sebelum menaiki bas. Semua barangan peribadi petugas juga akan melalui proses penyahjangkitan.

3.    Petugas akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan itu akan menentukan bas yang akan dinaiki. Kumpulan pertama membabitkan petugas yang sudah menjalini proses saringan dan disahkan negatif. Kumpulan kedua yang belum melakukan ujian calitan dan kumpulan ketiga membabitkan petugas yang sudah menunjukkan gejala seperti batuk, selesema atau demam.