Sebuah video bertajuk ’50 Mums, 50 Kids, 1 Extra Chromosome’ kini bukan sahaja menjadi viral, malah turut menyentuh hati seluruh masyarakat dunia.

Video ini memaparkan 50 ibu dari seluruh United Kingdom, menyanyikan lagu hits Christina Perri berjudul ‘A Thousand Years’ bersama anak sindrom down mereka menggunakan Makaton, iaitu satu bentuk bahasa isyarat yang menggunakan simbol tangan untuk membantu komunikasi.

Idea menghasilkan video tersebut tercetus daripada salah seorang ibu dalam video berkenaan, Rebecca Carless, 35, yang mendapat idea selepas melihat video dari kumpulan Singing Hands.

Menariknya, video yang berkonsep ‘Carpool Karaoke’ ini dihasilkan sempena Hari Sindrom Down Sedunia yang jatuh pada 21 Mac setiap tahun.

Sejak dimuat naik  Jumaat lalu, video yang menggunakan #WouldntChangeAThing ini telah menerima lebih daripada 1,600,000 tontonan di Youtube dan 3,300,000 tontonan di Facebook. Fuhhh.. Dashyat!

Bukan itu sahaja, video ini turut mendapat perhatian penyanyi Christina Perri sendiri yang terharu apabila mereka memilih lagunya untuk menghasilkan muzik video tersebut.

Sumber: Facebook Jamie McCallum