Kurma sering menjadi buruan menjelang Ramadan setiap tahun kerana ia dianggap makanan sunah dan mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesejahteraan tubuh badan manusia walaupun ia sebenarnya elok diambil pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu bulan puasa.

Dalam bahasa saintifiknya, kurma yang juga termasuk dalam kategori tumbuhan palma ini dikenali sebaga phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan bahan dalam pembuatan kek, biskut mahupun masakan lain seperti manisan pencuci mulut.

Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan daripada segi manfaatnya untuk kesihatan, kurma mengandungi kalsium, serotonin, tannin, asid linoleik yang penting dalam mengawal pendarahan.

Selain itu, kurma  yang kebanyakannya tumbuh subur di Asia Barat ini juga mengandungi glukosa yang penting untuk membekalkan tenaga untuk badan dan juga penting untuk otot-otot uterus.

Hakikatnya, kurma yang juga dikenali sebagai makanan sunah ini membekalkan mineral dan vitamin yang berguna untuk kesihatan. Kandungan vitamin dalam buah kurma ini bermanfaat untuk membantu membentuk sel-sel darah baharu, manakala mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh.

Antara kandungan penting kurma ialah hormon potuchsin yang boleh mengecutkan pembuluh darah dalam rahim, lantas boleh mencegah pendarahan rahim.

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai khasiat makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus, manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.

Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi, justeru apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah serta-merta.

Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh dan terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Terlalu banyak kebaikan kurma yang tidak perlu diperjelaskan lagi, namun tidak semua orang menggemari kurma terutama mereka yang tidak pernah mencubanya. Mungkin dengan cara menjadikannya hidangan mulut boleh membantu anda menikmati kelazatan kurma, sekali gus mendapat banyak manfaat daripadanya.

Foto: origiran

Di bawah ini kami kongsikan resipi pengat kurma, delima dan buah-buahan sunah. Ia adalah menu hebat yang direka cef hotel The Pearl, Kuala Lumpur. Ya ampun sedap sangat ya!

Bubur kurma, delima dan buah-buahan sunah

Bahan

1 biji delima, diambil isinya.
Santan (diambil daripada satu biji kelapa).
15 biji kurma, dibuang biji.
10 biji buah tin kering, dihiris sederhana halus.
20 biji gajus, digoreng tanpa minyak.
2 helai daun pandan (disimpul).
Gula dan garam secukup rasa.

Buah delima – Foto: hellosehat

Buah tin – Foto: HonestDocs

Gajus bakar – Foto: picgra

Cara

1. Satukan santan, buah-buahan, daun pandan dan gula serta garam secukup rasa.

2. Masak dengan api sederhana besar selama kira-kira 15 minit.

3. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan apabila ia mendidih sekata, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Info tambahan: untuk menjadikan hidangan lebih enak, masukkan ais atau biarkan ia sejuk seketika di dalam peti dingin beku anda.

Foto: Rasa

 

Sumber: Rasa